Monday 5 January 2015

CAHAYA NUR ISLAM : PERKONGSIAN KENAPA AKU MEMELUK ISLAM.



Kesangsian terhadap agama anutan membuatkan hatiku sering gelisah dan tidak tenang. Semuanya bermula apabila saya terbaca sebuah buku tentang agama Islam iaitu AZAB NERAKA DAN AZAB KUBUR. Tanpa disedari, kesan daripada buku tersebut telah membuat hati dan minda sayauntuk memikirkan kembali kebenaran agama yang anutan kami sekeluarga.

Selepas memeluk agama Islam pada 23 September, 2000, saya menukar nama kepada Nor Hayati Nia Ellen Binti Abdullah. Saya berasal daripada golongan keluarga yang kuat pada pegangan agama Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) di Sabah. Malahan kebanyakan ahli keluarga saya merupakan penganut Kristian yang aktif dalam menjalankan aktiviti keagamaan. Semasa mendiang ayah masih hidup, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Gereja. Kini jawatan tersebut disandang oleh abang saya yang ketiga.

Saya sendiri bekas penuntut sekolah mubaligh agama Kristian SDA di Seventh-Day Adventist Secondary School Tamparuli, Sabah. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar kerana bersekolah swasta namun keluarga tetap tekad menghantar saya di situ semata-mata supaya saya lebih menjurus kepada bidang keagamaan.
Agama Kristian sendiri mempunyai banyak mazhab yang terdiri daripada penganut Kristian RC, GYB, Basel, Prostestan dan bermacam-macam lagi. agama Kristian SDA adalah salah satu agama Kristian yang mengharamkan penganutnya makan daging khinzir dan makanan laut. Segala amalan tersebut diikuti tanpa keraguan sehinggalah apabila saya mengenali agama Islam.

Buku pertama mengenai ajaran Islam yang saya baca benar-benar menginggalkan kesan mendalam dalam diri. Buku berjudul azab Neraka Dan Azab Kubur benar-benar menimbulkan rasa takut dan keinsafan yang mendalam kepada diri saya. Tambah mengelirukan saya apabila ajaran tersebut amat bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan agama asal, Kristian SDA.

Antara isi kandungan buku tersebut yang saya masih ingat hingga kini iaitu mengenai wujudnya seksaan kubur. Sementara dalam ajaran agama SDA mengatakan bahawa apabila matinya manusia maka tidurlah ia dengan aman sehingga tiba hari kebangkitan. Masa itu saya mula keliru dan tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa ajarannya tidak sama.
Dari situlah saya mula banyak mengkaji menenai ajaran agama Islam. Saya dapat konsep yang diguna pakai oleh ajaran agama SDA jelas menggambarkan penyekutuan terhadap Tuhan. Ia begitu ayat mengelirukan saya. Dalam Holy Bible turut menguatkan lagi kekeliruaanku yang mana di dalamnya dinyatakan satu aya, "Tuhan itu Esa". Akan tetapi wujud pula kenyataan "Allah bapa", "Allah anak", dan "Roh kudus" sedangkan sebelum ini kami percaya bahawa Tuhan Maha Berkuasa namun mengapa perlu ada tiga cabang untuk mentadbir alam semesta. Ternyata ajaran dan kepercayaan tersebut menyebabkan kesangsian yang mendalam dalam jiwa saya, seterusnya mula membuat perbandingan antara dua agama.

Kepercayaan kembali bertaut dan pencarian saya mula menemui titik noktah apabila ajaran agama Islam yang dikaji mempunyai garis panduan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup semua umatNya. Kepercayaan bahawa Allah itu Maha Esa. Tidak beranak dan tidak diperanakkan begitu berasas sekali. Dalil tersebut jelas membuktikan Allah Yang Maha Berkuasa mentadbir seluruh alam semesta ini tanpa kudrat daripada mana-mana makhlum lain.

Beberapa amalan yangmenjadi pegangan penganut Kristian SDA yang mengumpamakan air anggur tanpa alkohol sebagai darah Tuhan dan sekeping roti tidak beragi pula adalah tubuh Tuhan begitu memusykilkan saya. Persoalan yang sering bermain di minda, mengapa Tuhan yang disembah dan diagung-agungkan dimakan dan diminum serta mengapa menyamakan Tuhan dengan bentuk lain.

Walau baik sekalipun amalan seseorang itu namun jika dia tidak beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w, neraka tetap kekal baginya. Oleh sebab itulah saya tidak teragak-agak mengambil keputusan memeluk agama Islam.
Bagaimanapun saya mengakui memilih satu agama yang kekal sebagai anutan bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ini kerana keputusan itulah yang akan menentukan hala tuju hidup manusia di akhirat kelak. memikirkan bahawa agama Islam satu-satunya agama yang benar di sisi Allah SWT, maka keputusan saya untuk memeluk agama Islam berlaku dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa.

Walaupun selepas itu, saya berdepan dengan tentangan dan kemarahan daripada keluarga yang terkenal sebagai penganut agama Kristian SDA yang setia namun saya tetap teguh dengan pendirian terhadap agama Islam yang dipilih menjadi pegangan hidup. Oleh kerana saya bekerja di Johor sementara keluarga pula menetap di Sabah, maka kemarahan tersebut tidak berlaku di depan mata. Namun setiap kali pulang ke kampung, mereka pasti memujuk dan menasihati agar kembali ke agama asal. Malahan keluarga memulaukan sehingga saya berasa tersisih dan tidak dipedulikan.
Namun, kuasa Allah SWT tiada siapa yang dapat mengagaknya. Walaupun keluarga tidak berpuas hati dengan tindakan saya menukar agama namun berkat doa tana heti menyebabkan akhirnya keluarga dapat menerima saya seperti sedia kala.
Menuntut ilmu dan terus mendalami ajaran Islam menjadi misi utama saya sebaik melafazkan dua kalimah syahadah. Perasaan sebak dengan sendirinya timbul ketika itu membuahkan satu azam untuk mengabdikan diri sebagai hamba Islam yang sebenar kepada Pencipta-Nya. Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana diberikan hidayah untuk mengenali dan mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup.

Alhamdulillah, selepas mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah, hati saya tidak lagi keliru dan terus tekad menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup. Saya berazam ingin menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai pedoman menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Justeru saya mengikuti kelas Fardu Ain untuk saudara baru oleh Jabatan Agama Negeri Johor sejak awal penghijrahan. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang banyak mengajar mendalami agama Islam. Walaupun pada awalnya, saya langsung tidak tahu membaca Al-Quran tetapi kini saya boleh membacanya dengan lancar. Bahkan saya sangat berminat untuk mempelajari ilmu Tajwid serta Ilmu Tarranum Al-Quran.
Sedikit perkongsian kenapa aku memeluk Islam.


Jurubekam Wanita Bertauliah






Koleksi Image Berbekam





Fakta iLmiah Berbekam








HASIL KAJIAN PAKAR-PAKAR

1) Prof Dr Faiz Hakim
Pakar Bedah Onkologi , diakui oleh Organanisasi Broad Amerika Phatalogi Clinic

Kami akan jelaskan kepada kamu, hasil laboratorium yang kami perolehi dari pemeriksaan darah bekam, dari hasil-hasil ujian makmal ini terdapat beberapa perkara. 

PERTAMA , bentuk sel darah merah dalam darah bekam tidak normal secara terus menerus, dan diantara bentuk-bentuknya ialah burr cell, target cell, crenation cell, spyrus cell dan banyak bentuk yang lainnya.

Catatan penting, darah diambil secara terus (langsung) daripada tusukan bekam sebelum meletakkan gelas bekam agar tekanannya tidak mempengaruhi bentuk sel.

KEDUA, kita mampu menyaksikan adanya penurunan sel darah putih dalam jumlah yang cukup besar pada darah bekam, dan perkara ini berlaku pada semua keadaan yang kami telah selidiki secara teliti. Jumlah sel darah putih berkisar antara 525-950 sel/ml3 sahaja.


2) Prof Dr Muhammad Nabil Syarif
PhD di bidang Farmasi dan Broksel, Manta Dekan Fakulti Farmasi Universiti Damascus -Syiria.


Barangkali ada diantara kita yang tertanya-tanya mengenai proses rawatan bekam.

Sebenarnya bekam adalah operasi sederhana yang dapat mengubati penyakit-penyakit konik yang tidak sanggup lagi ditangani oleh ahli perubatan moden.

Setelah melalui pemantauan (kajian) sederhana,terdapat gerakan sistem peredaran darah, kita boleh mengetahui proses kerja bekam dan manfaatnya yang amat luar biasa.

3) Prof Dr Ahmad Samir
Phd dibidang Patologi Klinik dan Hemathologi serta Ahli Fitofarmaka

Organ darah merupakan satu sistem yang luas, dengan berbagai-bagai fungsi . Darah adalah merupakan asas kehidupan manusia, darah pula yang menjadi penghubung dengan seluruh organ tubuh, sekaligus yang membekalkan makanan serta membina anti bodi dan melawan penyakit ( auto imnunisasi kepada tubuh) .


Sel darah merah dihasilkan ( sumber) daripada tulang ( sumsum ) dan dipindah ke darah serta ia tetap menjalankan fungsinya 120 hari sahaja yang dumulai dengan fungsi paling maksima, dan pada saat akhir hayatnya ( hayat sel darah) , sel darah ini akan menjadi lemah, pelbagai kelebihan dan fungsinya hilang, baik keluasanya, sifat aktifnya, kelenturannya serta kemampuan sel ini untuk bekerja. Bahkan bentuk asal sel ini juga berubah sehingga antara satu sel dengan sel yang lain akan saling melekat yang biasa akan dialirkan oleh aliran darah ke hati dan limpa atau juga boleh mencari tempat-tempat berdiam didalam peredaran darah agar sel boleh menetap. Atau boleh juga sel akan mendapatkan tempat yang tidak mengalir seperti punggung.

Kerana tempat kahil ( tengah-tengah belakang) merupakan tempat yang luas dalam jaringan pembuluh darah , mulailah hambatan-hambatan dan berkurangnya sel pada darah sehingga penumpukan (tompok-tompok) yang menyumbat maka terjadilah penyumbatan kepada aliran darah yang normal. Fakta ini telah diteliti oleh sepasukan doktor pakar daripada negara Jepun, mereka menyatakan bahawa pada penyumbatan pada darah merupakan sebab terjadinya pelbagai penyakit. Maka disinilah fungsi bekam untuk mengatasi hambatan-hambatan pada darah.

Daripada penelitian kami pada aliran darah pada fena sebelum dan sesudah bekam serta darah bekam setelah diadakannya penelitian (perbandingan-perbandingan) yang dilakukan oleh pembantu doktor ,hasil yang kami perolehi dari penelitian yang kami dan pasukan pembantu doktor adalah seperti berikut ;

Pertama - menurunnya sedimentasi (pengendapan ) kepada tahap batas normal.
Kedua - keseimbangan jumlah darah merah yang mencapai tahap normal.
Ketiga - menurunnya hemoglobin darah pada tahap yang normal pada beberapa keadaan dengan penambahan jumlah sel darah merah atau juga yang disebut sebagai polycythemia ( peningkatan jumlah total terkini sel darah )
Keempat - peningkatan jumlah sel darah putih sehingga 52 % yang masih digarisan normal .
Kelima - meningkatnya jumlah trombosit kepada tahap normal , dimana sebelumnya kurang trombositnya.


** Organ darah sangat penting, tetapi terkadang organ ini menjadi lemah dan kurang aktif.Terkadang mampu melawan pelbagai jenis penyakit. Darah ini terdiri daripada 

sel darah putih sebagai alat pertahan tubuh melawan penyakit. Jumlah ini berkisar antara 4-7 juta sel/ ml3 . Padanya juga terdapat sel darah merah yang jumlahnya 

berkisar 5 juta sel/ ml3 , sel darah merah inilah yang m\berfungsi membawa oksigen keseluruh jaringan organ dalam tubuh manusia. Juga membawa CO2 keluar**

Testimoni Sunnah Berbekam


Tuan, puan yang dikasihi sekalian,  ada sesetengah pesakit menganggap bahawa bekam adalah rawatan komplimentari biasa seperti rawatan-rawatan yang lain. Bahkan bekam adalah rawatan tradisional dan seumpama lapuk dimamah usia.  Persepsi negatif ini banyak berlegar dibenak kepala sebahagian pesakit yang baru mendapatkan rawatan Sunnah yang mulia ini. 

Namun selepas mereka diberikan info dan penjelasan bahawa bekam adalah perubatan agung dari Nabi SAW, maka mereka dapat menerima ini adalah daripada peninggalan hebat Rasulullah dan dapat menceritakan kepada sanak saudara dan teman-teman mereka.  Kebaikan bekam insyaAllah akan tersebar dengan cepat dan baik sekali.

Sudah jauh dan tersimpang dari ajaran Islam apabila ramai yang tidak mengendahkan perubatan bekam ini. Kita sering diberitahu bahawa bekam  hanya untuk membuang angin, toksid dan kolestrol. Namun kita melupakan bahawa pengamalan dan pencinta kepada perubatan bekam dengan mereka mengamal, merawat, dan menyebarkan adalah juga sebagaian daripada dakwah untuk mendekatkan manusia kepada Allah, mendekatkan kepada agama Islam yang syumul, menjauhkan kepercayaan yang syirik dalam perubatan dan sebagainya.

Kenapa kita berubat?

Tuan puan sekalian, berubat adalah suatu tuntutan dalam agama Islam. Nabi menyebut, tidak ada penyakit yang Allah jadikan melainkan Allah jualah yang menurunkan penawarnya. Nescaya akidah dan kepercayaan orang Islam ialah, penyakit dari Allah dan Allah jualah yang menyembuhkan.Kasih dan sayang Allah kepada hambaNya, lalu diturunkan pelbagai sakit dan penyakit, dan maha rahmat dan kasihNya Allah, Dia menyuruh kita berikhtiar dan mencari penawar yang sudah Allah janjikan.

Maka tidak lain , tidak bukan Rasulullah SAW lah mahaguru dan doktor pertama dalam dunia Islam. Kerana apa? Kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap kata-kata yang terbit dari bibir Rasulullah adalah penawar buat manusia. Anda yakin bahawa semua kata-kata Nabi SAW adalah penawar? . 

Setiap orang yang beriman mestilah menerima inilah i'tikad dan keimanan yang jitu perlu ditanam dalam setiap hambaNya jika mahu mencari penawar dan kesembuhan.Perlunya kita merujuk kepada Rasulullah .

Oleh itu, jadikanlah Rasulullah sebagai rujukan dalam segala permasalahan kita, perubatan, pentadbiran manusia, ekonomi , pemerintahan negara , pengurusan, akhlah dan sebagainya. Nescaya kita akan terselamat, akidah terjaga, dan iman kita terpelihara dari sebarang unsur-unsur syirik kepada Allah.


Kembali kepada fitrah

Kita dijadikan dari sumber tanah, sumber asli , dari air dan kita juga akan kembali kepada tanah. Kita meyakini bahawa sekeliling kita adalah sumber kepada penyembuhan dan kesihatan kita. Air yang kita minum adalah fitrah untuk pelancaran sistem darah dan tubuh kita. Makanan , herba, madu dan sebagainya yang kita makan dari sumber alam sebagai ubatan terbaik dalam kehidupan harian . 

Kata-kata yang baik adalah sebagai penambah kepada cepatnya sembuh penyakit yang dialami. Solat dan doa yang berterusan adalah sumber kekuatan dalaman kita untuk mengikat kuat roh kita kepada Allah. Selawat dan dan salam kepada Rasulullah sebagai tanda dan kasihnya kepada penyelamat kita dunia dan akhirat. Perbanyakkan istighfar dan taubat atas dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan.


Dan akhirnya kita akan bertemu kepada suatu hakikat bahawa betapa rahmat dan kasihnya Allah SWT kepada kita dizahirkan dengan penyakit yang kita alami dan kesembuhan yang terbit setelah kita berusaha.

Semoga bermanfaat buat kita.

Sunnah Berbekam Untuk Kesihatan


Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam.  Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.  Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya".

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/bekam".
(Ibnu Majah & Abi Daud)

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sebaik-baik pengubatan bagi kalian adalah hijamah(berbekam)".

Adakah bekam darah itu kotor?
Ya darah bekam itu kotor, darah yang tidak diperlukan oleh badan, darah yang tidak beroksigen, bertoksid, dan perlu segera dibuang.

Apakah bekam menyakitkan?
Bekam tidak akan menyakitkan tubuh badan anda. Darah dikeluarkan dari permukaan kulit sahaja.

Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat. Ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.

Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak makan, mandi dan tidur sejurus selepas menjalani rawatan bekam. Seeloknya, hanya selepas 2 jam berikutnya.

Bilakah kesan berbekam akan dapat dilihat?
Hasil bekam bergantung kepada kesihatan asas sesorang. Jika menghidap penyakit agak kronik, memerlukan kekerapan bekam untuk melihat hasil, jika kesihatan agak baik, hasil bekam akan segera berkesan.

Amalan berbekam bukan sahaja dapat menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan yang melanda ummah akhir zaman, bahkan dapat memberikan satu ransangan yang amat positif kepada diri anda untuk melalui proses hidupan seharian.